LION GROUP
 
 
NOTIS PRIVASI KUMPULAN
Kumpulan Lion menghargai privasi anda dan sentiasa berusaha melindungi data peribadi anda dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).
Bagi tujuan notis privasi, adalah dimaklumkan bahawa:
  • Kumpulan Lion merujuk kepada Syarikat-syarikat Kumpulan Lion termasuk anak-anak syarikatnya. Syarikat-syarikat sekutu dan syarikat-syarikat usaha sama tidak tertakluk kepada polisi ini.
  • Subjek Data, Pengguna Data dan Pemproses Dana mempunyai definisi yang sama disediakan oleh APDP.
  • 1.0 Jenis-jenis Data Peribadi yang dikumpulkan
    1.1 Kami mungkin perlu/ dikehendaki memproses data peribadi anda termasuk sebarang data yang mempunyai kaitan secara langsung dengan anda ataupun sebaliknya (tertakluk kepada bentuk interaksi kami dengan anda).
    1.2 Contoh-contoh data peribadi:
    a) Nama, no kad pengenalan, pasport atau nombor identifikasi lain, umur dan jawatan yang disandang;
    b) Butiran maklumat untuk berhubungan seperti alamat surat menyurat, e-mel dan nombor telefon;
    c) Maklumat kewangan seperti akaun bank dan komitmen pinjaman;
    d) Maklumat berkaitan kaji selidik pelanggan seperti keutamaan dan minat;
    e) Data transaksi seperti sejarah pembelian, akaun bank dan butiran kad kredit;
    f) TV Litar Tertutup (CCTV) atau rakaman pengawasan keselamatan, gambar dan rakaman video;
    g) Maklumat berkaitan individu-individu lain seperti pasangan, ahli keluarga dan bekas ketua kerja.
    2.0 Bagaimana Data Peribadi dikumpulkan
    2.1 Secara amnya, data peribadi anda dikumpulkan secara berikut:
    a) apabila anda mengemukakan sebarang borang termasuk tetapi tidak terhad kepada borang permohonan, pendaftaran atau pengisytiharan;
    b) apabila anda mendaftarkan maklumat peribadi dalam buku log atau komputer di mana-mana kaunter menyambut tetamu atau pos kawalan sebaik sahaja memasuki premis kami atau apabila menghadiri majlis anjuran kami di luar premis;
    c) apabila anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami;
    d) apabila anda berkomunikasi secara lisan atau bertulis dengan pekerja kami termasuk wakil-wakil jualan, pegawai khidmat pelanggan dan ejen-ejen berdaftar kami. Contohnya melalui panggilan telefon, surat menyurat, e-mel, mesyuarat secara bersemuka dan platform media sosial;
    e) apabila anda sebagai pelanggan kami mengambil bahagian dalam soal selidik, peraduan dan promosi;
    f) apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial, laman sesawang kami atau menggunakan perkhidmatan dalam laman sesawang kami;
    g) apabila kami diminta oleh anda untuk dihubungi atau terdapat permintaan supaya anda dimasukkan dalam senarai e-mel atau senarai surat menyurat lain;
    h) apabila anda mendaftar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan atau anda mengemukakan permohonan untuk mengisi mana-mana kekosongan jawatan yang diiklankan dalam Kumpulan Lion, secara terus kepada syarikat yang mengiklankannya atau melalui ejen-ejen berdaftar kami;
    i) apabila imej anda dirakam oleh kamera CCTV ketika berada di premis atau pun di dalam gambar atau video yang diambil oleh kami atau wakil yang dilantik di majlis atau acara yang dianjurkan oleh Kumpulan Lion;
    j) apabila kami menerima data peribadi disebabkan hubungan anda dengan Kumpulan Lion termasuk untuk permohonan mendapatkan pekerjaan atau produk dan perkhidmatan kami, sebagai contoh dari rakan-rakan perniagaan kami, agensiagensi awam, bekas majikan, perantara rujukan, agensi-agensi pelaporan kredit dan pihak-pihak berkuasa berkaitan;
    k) apabila anda telah memberikan keizinan untuk data peribadi anda diperoleh daripada sumber-sumber lain selain yang dinyatakan di atas.
    3.0 Persetujuan
    3.1 Dengan menyerahkan data peribadi kepada kami, anda telah pun mengizinkan atau bersetuju bahawa kami boleh memproses data berkenaan menurut ketetapan yang dibuat oleh Notis Privasi ini.
    3.2 Kesemua data peribadi yang diberikan oleh anda dianggap sebagai tepat, lengkap dan terkini.
    3.3 Bagi data peribadi berkaitan individu lain, tindakan anda menyerahkannya kepada kami boleh dianggap sebagai mewakili dan jaminan bahawa anda diberi kuasa untuk menyerahkan data itu serta mendapat kebenaran mereka supaya data peribadi berkenaan diproses mengikut ketetapan yang dibuat oleh Notis Privasi ini.
    4.0 Bagaimana Data Peribadi anda digunakan
    4.1 Secara amnya kami menggunakan data peribadi anda untuk salah satu atau lebih daripada tujuan berikut:
    a) sebagai maklum balas kepada pertanyaan anda, maklum balas lain, aduan atau permintaan;
    b) untuk menentu sahkan identiti dan latar belakang anda;
    c) untuk menilai dan memproses permohonan/permintaan anda bagi produk dan perkhidmatan kami;
    d) untuk menentu sahkan kedudukan kewangan/kemampuan kredit;
    e) membolehkan kami menimbang sama ada untuk meneruskan penyediaan produk atau perkhidmatan kepada anda ataupun sebaliknya;
    f) untuk mengurus dan mengekalkan keahlian program kesetiaan pelanggan anda dengan kami;
    g) menyediakan maklumat tentang produk, perkhidmatan dan tawaran kami atau pihak ketiga kepada anda;
    h) menambah baik/ atau membangunkan produk dan perkhidmatan kami;
    i) untuk mentadbir pertandingan, kempen dan promosi;
    j) untuk mengemaskini dan menambah baik rekod-rekod supaya tepat dan lengkap;
    k) untuk melindungi dan menguatkuasakan hak kontraktual dan perundangan serta obligasi menurut perjanjian anda dengan kami berkaitan mana-mana tuntutan, tindakan atau prosiding termasuk pembayaran balik hutang kepada kami;
    l) untuk mengendalikan penyiasatan terhadap pertikaian, penyelewengan atau anti pengubahan wang haram;
    m) untuk melancarkan pengurusan kemudahan (termasuk tetapi tidak terhad kepada mengekalkan keselamatan di premis-premis kami dan mendaftar urusan keluar masuk);
    n) untuk mengelak, mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perlakuan jenayah;
    o) untuk mengurus hal berkaitan keselamatan premis-premis, aset, pekerja kami dan orang ramai (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengawasan CCTV dan mengendalikan pengesahan keselamatan;
    p) untuk memenuhi keperluan untuk mendedah terhadap mana-mana undang-undang, regulasi, kod amalan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan perundangan atau badan penguatkuasa yang terikat dengan Kumpulan Lion.
    4.2 Sekiranya anda adalah pekerja, pemilik atau pengarah sebuah syarikat penjual (vendor) atau pembekal (termasuk ejen, kontraktor dan penyedia perkhidmatan luar) :
    a) menilai kesesuaian anda sebagai vendor atau pembekal kepada Kumpulan Lion;
    b) mengurus sebut harga, cadangan dan tender projek;
    c) memproses pesanan;
    d) memproses dan membayar invois dan bil;
    e) mengurus operasi perniagaan.
    4.3 Sekiranya anda membuat permohonan untuk mengisi kekosongan dalam peluang pekerjaan :
    a) untuk memproses permohonan anda seperti memeriksa latar belakang, kelayakan akademik dan sejarah penggajian; dan
    b) untuk memudahkan pengendalian sesi temuduga seperti salinan bercetak profil calon untuk rujukan penemuduga.
    4.4 Sekiranya anda adalah ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat-syarikat Kumpulan Lion :
    a) untuk memudah cara pelantikan anda sebagai ahli Lembaga Pengarah;
    b) mengekalkan daftar berkanun;
    c) untuk mengurus penerbitan profil pengarah-pengarah dalam surat pekeliling, laporan tahunan atau siaran akhbar kepada media, penganalisis atau pihak berkuasa; dan
    d) memudah cara pelaksanaan tugas dan hal-hal pentadbiran.
    5.0 Pendedahan Data Peribadi
    5.1 Bagi tujuan di atas, data peribadi anda akan didedahkan dan diproses oleh :
    a) Syarikat-syarikat Kumpulan Lion (termasuk agensi-agensi lantikan kami);
    b) Peniaga-peniaga kami yang diiktiraf;
    c) Pusat-pusat data dan pelayan komputer bagi tujuan penstoran;
    d) Penyedia perkhidmatan yang diluluskan;
    e) Perunding dan penasihat profesional kami termasuk juruaudit luaran, penasihat undang-undang dan penasihat kewangan;
    f) Agensi-agensi kerajaan termasuk di negara-negara lain yang mana data peribadi anda dipindahkan;
    g) Individu, entiti atau agensi-agensi kerajaan yang anda benarkan untuk mendedahkan data peribadi.
    5.2 Sekiranya anda membeli produk dan/atau mendapatkan perkhidmatan daripada Parkson Credit, data peribadi anda mungkin turut didedahkan kepada :
    a) Agensi-agensi maklumat kredit seperti RAMCI & CTOS untuk tujuan pemeriksaan kredit;
    b) JPJ (e-daftar) bagi tujuan pendaftaran tuntutan pemilikan JPJ.
    6.0 Memindahkan Data Peribadi Anda Ke Luar Negara
    6.1 Sekiranya perlu, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada syarikat-syarikat Kumpulan Lion atau penyedia perkhidmatan atau agensi-agensi kerajaan di luar Malaysia dengan tujuan untuk menunaikan obligasi kami kepada anda selain menyediakan perkhidmatan bersepadu atau seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang.
    7.0 Pautan kepada Laman Sesawang Lain
    7.1 Laman sesawang ini mungkin menyediakan pautan ke laman sesawang Syarikat-syarikat Lion Group dan laman sesawang pihak ketiga yang memberikan maklumat dan kemudahan kepada anda. Kami menggalakkan anda supaya membaca dengan teliti Notis Privasi yang mengawal setiap laman sesawang kerana kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas data peribadi yang anda berikan apabila melawat laman sesawang tersebut.
    8.0 Penggunaan “Cookies”
    8.1 Kami, menggunakan “cookies” dalam sesetengah laman sesawang kami untuk menjejaki tempoh masa yang dihabiskan oleh pengunjung melayarinya dan apa yang menjadi keutamaan mereka
    8.2 Maklumat yang dikumpulkan digunakan untuk membantu kami membuat penambah baikan dan memberikan perkhidmatan yang lebih peribadi (personalized) kepada para pengguna kami.
    8.3 Anda boleh memutuskan sama ada mahu menerima atau menolak “Cookies” dengan melakukan penyelarasan kepada pelayar anda.
    9.0 Penggunaan Media Sosial
    9.1 Media sosial adalah di luar bidang kuasa Kumpulan Lion dan penggunaannya ditadbir oleh dasar yang telah ditentukan oleh perantara masing-masing, sekiranya ada.
    10.0 Keselamatan Data Peribadi
    10.1 Maklumat anda adalah aset kami, oleh itu, keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. Kami kerap melakukan kajian semula dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan operasi apabila memproses data peribadi anda.
    10.2 Kakitangan kami komited dalam menjamin keselamatan data peribadi yang dikendalikan dan kegagalan untuk berbuat demikian menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan disiplin.
    11.0 Pengekalan Data Peribadi Anda
    11.1 Kami akan mengekalkan pegangan ke atas data peribadi anda:
    a) bagi tempoh sepanjang perhubungan anda dengan kami atau selagi kami perlu menyediakan perkhidmatan dan produk kepada anda;
    b) satu tempoh yang diperlukan untuk mematuhi obligasi kami, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami;
    c) satu tempoh yang diperlukan oleh dasar dalaman kami yang berkaitan atau undang-undang yang terpakai.
    12.0 Bagaimana sekiranya Data Peribadi yang disediakan tidak lengkap?
    12.1 Kegagalan atau keengganan anda memberikan data peribadi kepada kami mungkin menyebabkan kami gagal untuk;
    a) memproses permohonan/permintaan anda;
    b) menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda.
    13.0 Hak Anda Mendapat Akses, Membetulkan Data Peribadi dan Menarik Balik Persetujuan
    13.1 Permintaan untuk mendapatkan akses atau membuat pembetulan kepada data peribadi yang dikemukakan kepada kami, bolehlah dilakukan dengan mengisi dan melengkapkan borang akses atau pembetulan, sebelum dihantar secara serahan tangan atau diposkan kepada :
    a) alamat kami (bagi pejabat Korporat/Hal Ehwal Kumpulan) :
                   (Nama Jabatan)
                   Level 11-15, Lion Office Tower
                   No. 1 Jalan Nagasari
                   50200 Kuala Lumpur
                   Malaysia.
    b) alamat pejabat pengurusan operasi syarikat masing-masing.
    Bagi kes yang mana anda ingin menarik balik persetujuan sebelumnya supaya data peribadi anda diproses, tidak kira sama ada sebahagian atau sepenuhnya, permohonan bolehlah anda buat dengan melengkapkan dan menghantar borang berkenaan ke alamat yang dinyatakan di atas.
    13.2 Anda boleh mendapatkan Borang Permohonan Akses Data, Borang Permohonan Pembetulan/Kemas Kini Data/Borang Penarikan Balik Persetujuan Data yang diperlukan dari pejabat-pejabat operasi kami atau memuat turun daripada laman sesawang kami.
    13.3 Kami mungkin terpaksa menolak permohonan anda untuk mendapatkan akses kepada data peribadi yang telah diberikan atau tidak menyetujui permintaan anda untuk membetulkan data atau mengehadkannya dalam keadaan-keadaan tertentu seperti kegagalan untuk mengesahkan identiti anda atau permohonan yang dibuat berulang-ulang.
    13.4 Dalam kes seperti ini, kami mungkin memerlukan keterangan lanjut bagi tujuan pengesahan untuk mengelakkan ketidaktepatan atau berlakunya penipuan.
    14.0 Semakan Semula Notis Privasi
    14.1 Notis ini boleh disemak semula pada bila-bila masa tanpa perlu sebarang pemberitahuan terlebih dahulu dan kami mungkin memaklumkan kepada anda tentang semakan semula melalui laman sesawang kami atau kaedah-kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai.
    15.0 Limitasi /Batasan
    15.1 Notis Privasi ini bertujuan menggambarkan seluas mungkin aktiviti pemprosessan maklumat kami, aktiviti-aktiviti tersebut mungkin lebih terbatas dalam sesetengah bidang kuasa di negara-negara lain mengikut sekatan undang-undang masing-masing. Sebagai contoh, undang-undang negara tertentu boleh mengehadkan jenis data peribadi yang boleh dikumpulkan atau cara kami memproses data tersebut. Dalam keadaan sebegini, kami mengubah suai dasar dan amalan dalaman supaya ia mencerminkan keperluan undang-undang tempatan sesebuah negara dan undang-undang ini adalah diutamakan, sekali gus mengatasi terma dalam Notis Privasi ini.
     
    Copyright © 2016 Lion Group. All rights reserved